Home away from Home

Berkonsepkan 'Home away from Home'.. homestay kami menawarkan penginapan yang selesa dan damai untuk anda sekeluarga.. terasa seperti di rumah sendiri..!.

Sekiranya bilik hotel kurang menepati keperluan anda.. mungkin dirasakan terlalu kaku dan sempit.. atau anda lebih suka berkumpul dan bersembang bersama keluarga, maka homestay kami adalah alternatif yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Dengan kedudukannya yang strategik, homestay kami amat sesuai untuk mereka yang gemar bersantai di pantai. Beberapa pantai yang berdekatan adalah Pantai Penunjuk Kijal, Pantai Teluk Kalong, Pantai Kemasik dan Pantai Mok Nik (Monica Bay). Pantai Cherating juga tidak terlalu jauh dari homestay kami (31.6 km) dan hanya mengambil masa lebih kurang 30 - 40 min untuk memandu ke sana.

Homestay kami juga sesuai untuk penginapan sementara bagi mereka yang menghantar atau megambil anak yang menuntut di institut pengajian dan sekolah yang berdekatan. Ranaco Education & Training Institute (RETI), Sek. Men. IMTIAZ, TATI University College dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) adalah antaranya yang tidak jauh kedudukannya dari homestay kami.

Bagi yang menggemari makanan Terengganu seperti keropok lekor, satar, otak-otak dan lain-lain lagi, anda bolehlah berkunjung ke Kuala Kemaman untuk menikmatinya terus di sana atau boleh juga di'tapau' sebagai bekalan bila kembali ke rumah anda nanti. Kedai-kedai di pantai-pantai berdekatan juga ada menyajikan makanan seperti keropok goreng, air kelapa, ais jagung dan macam-macam lagi. Sotong dan ikan goreng celup tepung yang 'superb' juga boleh dinikmati sekiranya anda bernasib baik.. kerana 'availability' sotong dan ikan adalah mengikut musim.

Sebenarnya agak mudah untuk mencari makanan ala terengganu di Kijal. Nasi dagang, nasi lemak ikan tongkol, karipap inti ikan, kayu keramat dan macam-macam lagi makanan dan kuih muih ala terengganu ada dijual di warung-warung kampung di sekitar kawasan Kijal.

Selamat datang ke Kijal dan selamat berkunjung ke Homestay Serenia Kijal! 😊


Comments

Popular posts from this blog